Monday, June 1, 2009

mcm2 hal...

last weekend takde buat ape2 sgt pon.hubby keje mcm biase.tp half day je.blk tu kitaorg gi Tesco beli brg2 rmh & anak.merata jgk la berjln.smp ke maghrib.lps maghrib siap2 plak gi rmh Fad,die buat BBQ.pic tak ambik la sbb mase kitaorg smp org dah abis bkr..tinggal nak mkn je.hehehe.

skang ni org sebok bercerita psl Ustaz Akhil Hayy + isterinye + Waheeda.heboh kt sume surat khabar skang ni.hr2 cite dieorg.Melodi pon cite dieorg jgk.tp tak tau la yg mane 1 yg btl kan.tp kesian jgk kt isteri Akhil tu.dah beranak 4 laki nak buat hal plak.pdhal suami die ustaz tu.alaaa,zaman skang ni...ustaz ke tak blkg kire ek.laki ttp lelaki...hmmm.tp aku terbace 1 keratan akhbar ni:

Justeru, katanya, jika seorang isteri itu tidak mendapat keselesaan daripada suaminya, dia berhak meminta cerai.

Ulama terkemuka, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dalam bukunya, Halal dan Haram dalam Islam, berkata wanita yang tidak tahan tinggal dengan suaminya ada hak untuk membebaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan, dengan mengembalikan mas kahwin (mahar) kepada suaminya.

Pemberian dari isteri itu katanya, sama ada lebih atau kurang nilainya bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, katanya, seorang suami itu sepatutnya tidak meminta lebih daripada yang diberikannya kepada isteri.

"Dan tidak halal bagi kamu mengambil balik sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan hukum Allah, maka tidaklah berdosa (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar hukum Allah, maka mereka itulah orang yang zalim." (al-Quran, surah al-Baqarah: 229)

Bagaimanapun, menurut al-Qaradhawi, adalah tidak dibenarkan bagi wanita untuk mendapat cerai dari suami kecuali dia diberikan layanan yang teruk atau dalam keadaan itu dia mempunyai sebab munasabah.

Katanya, Nabi bersabda, maksudnya: "Sekiranya mana-mana wanita meminta cerai dari suaminya tanpa sebab yang kukuh, terhalang haruman syurga darinya."(Hadis riwayat Abu Daud)

Dari penjelasan ini, nyata sekali nasib seorang isteri masih terbela di dalam Islam dan dia mempunyai hak untuk bercerai apabila dirasakan perkahwinan sudah tidak memberikan nikmat kepadanya.

Tp kesian kan.nasib pompuan ni sume bergantung pd laki bile dah kawin.kalo nak buat ape2 or pegi mane2 kena mintak izin suami,tp lelaki tak buat sebaliknye.so adil ke bg isteri ni??

Septtnye lelaki kena la buat same spt ape yg die mahukan isterinye buat.nak harap isteri je lyn die baik2 mcm putera raja,tp suami plak lyn isteri mcm hamba.tak adil jgk kan?

Yg penting,suami haruslah tau dah phm yg mane lebih penting bile dah berkeluarga.sbb bile dah berkeluarga die kena fkr psl isteri & anak2 jgk.xleh la nak fkr psl keluarga ibu,bpk & adik2 die je... dah ade keluarga sendiri kan.mmg btl suami masih bertanggjwb kpd ibunye tp isterinya adalah ibu kpd anak2 nye.

Jd fkr kan laahh...

1 comment:

jetsetter said...

Dalam maksud tu yangg :-)
p.s: Thanks for the info!